kLik-kLik

Semasa 2 Minggu Induction: 1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya. 2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal... 8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Followers

Showing posts with label MC (Master Cleanse). Show all posts
Showing posts with label MC (Master Cleanse). Show all posts

Sunday, July 3, 2011

lagi2 MC =)

Bahan2 yg diperlukan ialah

Air tebu (fresh, tanpa gula - ada jual kat gerai tepi2 jalan)
Lemon (atau Lime - organik, klu blh, klu x blh, beli biasa punya)
Cayenne pepper powder (ni mesti organik)
Laxative Tea (Lax tea) - (ni pun klu blh mesti organik/herba)
Sea Salt (Mesti organik & BUKAN iodize)


Sekiranya tidak ada air tebu?

Anda boleh gantikan air tebu dgn Maple Syrup Grade B (MS), Agave Nectar (AN), atau Black Strap Molasses (BSM), yg biasanya boleh didapati di pasaraya atau mana2 kedai organik. Tapi formula yg 
ideal ialah air tebu.

Sekiranya anda gunakan MS, AN atau BSM, maka anda memerlukan kira2 1.7 liter
PURE WATER (Distilled water adalah yg terbaik, jika takde, filtered water pun blh, asalkan BUKAN tap water!).




Sukatan yg diperlukan

10 oz pure water (1 gelas)
2 sudu besar MS, AN atau BSM
2 sudu besar Lemon/Lime
1/10 sudu teh atau secubit Cayenne pepper

Semua bahan2 ini hendaklah dicampur dlm 1 gelas & diminum setiap saat anda merasa lapar (tak lapar pun kena minum juga). Minum 6-8 gelas air Lemonade ini setiap hari. MINIMUM hari yg mesti dibuat sekiranya nak lakukan MC ialah 10 hari. Kenapa 10 hari? Sebab dlm tempoh 10 hari inilah, air Lemonade tadi akan membersihkan kolon/usus dan kesemua organ2 dalaman badan yg mana proses ini dipanggil sebagai proses detoks. 

Pada hari ke 11, anda tak boleh terus makan, sebab nanti perut akan mengalami kejutan. Anda harus perkenalkan makanan secara perlahan2, kpd perut anda semula. Jadi, sepanjang hari ke 11, minumlah fresh orange sahaja.

Pada hari ke 12, anda boleh minum fresh orange & makan sup sayur (SAHAJA!). Malamnya ambil sup sayur tadi atau panaskan jer sup (ambil sedikit sayur2an dari sup tadi jika nak). Tapi jgn masak atau makan sebarang sup dari tin (canned soup). 

Pada hari ke 13, sama juga mcm hari ke 12, cuma sebelah mlm blhlah ambil buah2an dan salad jika mahu. 

Pada hari ke 14, barulah blh mkn kembali secara normal. o0

Wednesday, June 22, 2011

cara wat MC guna air tebu

Utk anda yg nak gunakan air tebu pula (klu guna air tebu, tak perlu lagi guna pure water sebab air tebu tu menggantikan pure water tadi), sukatan adalah sama seperti sukatan bagi mereka yg menggunakan MS, AN atau BSM. 
Sukatan Bahan2

Air tebu - 10 oz utk 1 gelas
Lemon - 2 sudu besar setiap 1 gelas
Cayenne pepper powder - 1/10 sudu teh atau secubit/ikut rasa utk setiap 1 gelas (klu bnyk sgt, nanti minuman jadi pedas, x best pula :crazy: )
Laxative Tea - 1 cup/gelas (air jgn bnyk sgt, nanti xde efek pula)
Sea Salt - 2 sudu teh dicampur dgn 1 liter air (suam atau sejuk, tapi biasanya lebih baik la suam, senang sikit nak minum) - minuman ini dipanggil Salt Water Flush (
SWF)
Cara2 melakukan MC

Malam sebelum melakukan MC (esok pagi) buat kali pertama, ambil 1 cup Lax Tea tadi sebelum tidur. Tujuannya utk membuatkan perut menjadi lawas supaya senang membuang pagi esok. 

Hari pertama, sebaik saja bangun dari tidur, minum SWF tadi dgn perut kosong. Kita akan ke tandas utk membuang selepas kira2 30 minit -1 jam kemudian. Mcm saya, kekerapan ke tandas selepas tu ialah kira2 10 kali sehari. :lol: Sekiranya walaupun selepas ambil SWF, perut kita tidak meragam (ni tandanya perut anda kebal ::) ), sila tambahkan atau kurangkan sukatan Sea Salt. Ini anda sendiri kena buat eksperimen la sebab setiap org mengalami efek yg berbeza oleh SWF. Mcm saya, 1st time buat MC saya guna 2 sudu besar sebab perut saya agak kebal :erk: .

Sekiranya kekerapan ke tandas memberi satu masalah buat anda, atau tekak anda tak boleh terima SWF ni (mcm saya :-\ ), maka anda bolehlah gantikan SWF ni dgn Lax tea. Bermakna, anda kena ambil Lax tea ni siang & malam. 

Setelah kira2 30 minit - 1 jam anda ambil SWF atau Lax tea, maka bolehlah anda ambil Lemonade atau air tebu tadi. Ingat, 1 gelas adalah bersamaan dgn 10 oz air tebu/Lemonade. Kesemuanya ada 60 oz, maka ada 6 gelas dalam sehari. Blh juga klu nak tambah sampai 8 gelas atau lebih. :cool:

P.S SWF ni dilakukan tak kiralah jika anda guna air tebu ataupun MS, AN, BSM. Dan boleh gantikan ke Lax tea jika tak nak guna SWF (tak kira anda guna air tebu, AN, MS atau BSM).





ni info dri aurelia ea...not me~~~

Wednesday, April 6, 2011

MC (Master Cleanse)

Ada tak sesiapa kat sini pernah dengar tentang The Master Cleanse (MC)? Plan MC ni dipopularkan oleh Stanley Burroughs kira-kira 50 tahun yg lalu, dan sampai skg, beribu-ribu org dah pun guna plan ni yg mana membawa banyak kebaikan kpd pengamalnya.

Pada asasnya, plan MC ni bukanlah utk DIET, tapi lebih kpd DETOX (membersihkan sistem dalaman/organ tubuh). Tetapi semasa Detox, secara tidak langsung, proses Diet juga akan terjadi. Ia juga bukanlah plan yg menggunakan mana2 specific product seperti plan2 lain. Namun ia adalah kombinasi bahan2 organik yg sememangnya baik utk tubuh (organic, i mean). Mari saya ceritakan dgn lebih lanjut lagi yer.

The Master Cleanse atau dikenali juga dgn nama The Lemonade Diet, adalah satu plan Detox yg menggunakan bahan2 organik, iaitu:

1. Lemon
2. Maple Syrup Grade B
3. Cayenne Pepper Powder
4. Sea Salt (Uniodized)
5. Laxative Tea

Hah.. kesemua bahan2 di atas adalah ramuan yg diperlukan utk membuat The Master Cleanse plan. Plan ini berjalan selama 10 hari. Dan selama 10 hari ini, kita tak boleh makan APA-APA makanan walau sedikitpun, kecuali minum Lemonade water.

Nampak ekstrim kan? Sebenarnya, ada sebab kenapa kita tak boleh makan sewaktu proses MC ni. Biar saya mulakan dulu dgn cara2 membuat.

Pertama, kita perlukan 12 sudu besar perahan Lemon utk bekalan sehari. Kita juga perlukan 12 sudu besar Maple Syrup Grade B, kira2 setengah sudu kecil cayenne pepper powder, dan kira2 1.7 Liter pure water.

Kesemua bahan2 ini dimasukkan ke dalam botol besar yg berisi pure water tadi (boleh guna Distilled water, spring water, atau air mcm RO water - tapi jangan sesekali guna TAP WATER!).Kemudian goncangkan supaya ia sebati, dan selepas tu bolehlah air ini diminum sepanjang hari. Utk yg nak kurangkan berat badan, bolehlah kurangkan Maple Syrup ke 6-8 sudu besar sehari.

Bagaimana menggunakan? Senang jer.

Setelah semua bahan2 dah ada, 3 hari (klu boleh la) sebelum nak buat MC ni, try berpuasa, minum fresh Orang Juice jer everyday... atau eat very light meal.. tujuannya, utk menyediakan perut kita dgn MC ni.

Kemudian, esok nak start MC kan, hah, malamnya, minum Laxative Tea (lax tea). Lax tea ni maksudnya ialah sebarang teh yg boleh menyebabkan perut kita meragam, supaya kita ke tandas utk membuang, agar dpt membersihkan apa yg ada dlm perut. Lax tea yg ada senna, contohnya mcm ClenX Tea dari NH Detoxlim (blh dpt dari farmasi).

Esok pagi, ambil 1 Liter air suam dan campurkannya dgn 2 sudu kecil Sea Salt (organik dan bukan iodize). Goncangkan, dan minum air ni sampai habis (klu blh, sekali minum). Ini dipanggil Salt Water Flushing (SWF). Beberapa minit atau setgh jam lepas tu, kita akan ke tandas utk membuang/membersihkan apa yg ada dlm perut (ini dikira hari pertama MC). Klu tak berjaya membuang, tambahkan ukuran garam atau kurangkan (buat eksperimen sampai dpt membuang - tapi biasanya klu ambil 1 sudu besar garam, memang dah boleh membuang, cuma kena pastikan garam yg diambil ialah jenis Organik dan BUKAN Iodize).

Apabila terasa lapar, minum Lemonade Water yg kita dah sediakan. Sepanjang hari tu, buatlah apa2 light movement (klu dpt buat senaman, lagi bagus). Klu tak, banyakkan berjalan). Kalau kita ni jenis yg mmg suka ambil makanan bergula (seperti suka minum kopi yg bergula), semasa proses detox, kita akan mengalami simtom sakit kepala. Ini menunjukkan yg badan kita sedang mengeluarkan gula berlebihan dari dalam darah (menyembuhkan sugar-addiction kita).

Mereka yg ada high-colestrol pun blh buat MC ni. Begitu juga yg ada penyakit2 lain mcm diabetes. MC ni akan bersihkan sistem/organ2 dalaman tubuh seperti kolon, yg mana mengeluarkan bakteria/parasit dari badan, dan mengembalikan sistem imunisasi badan yg baik, juga membantu kita mengamalkan cara pemakanan yg sihat.

Kenapa kita tak boleh makan apa2 pun sepanjang tempoh MC? Ini adalah kerana, MC sedang membersihkan bakteria/parasit yg ada dlm badan. Jika ada makanan, bakteria akan terus hidup di dalam makanan yg kita makan tadi, jadi proses detoksifikasi akan menjadi sia-sia. Ini ibarat kita mahu mencuci kain dgn air bersih, tapi semasa mencuci, kita masukkan juga sabun - jadi mcmana kain nak bersih dari sabun?

Mungkin anda fikir, klu tak makan apa2, dari mana nak dpt mineral/vitamin/sumber tenaga? Mineral/vitamin ada di dalam Lemonade water yg kita ambil. Maple Syrup tu sendiri (Grade B yer) penuh dgn mineral/vitamin (sila Google). Cayenne pepper tu pula utk lancarkan peredaran darah. Lemon pula mendetoksifikasi dan memecahkan lemak.

Jika anda tak dapat buat SWF, bolehlah gantikan dgn Lax tea, malam dan pagi. Klu perut rasa cramp selepas minum lax tea, nanti bolehlah gunakan 2 mug air dgn 1 sachet lax tea klu nak minum lagi, sebab mungkin lax tea terlalu kuat utk sesetgh org, so boleh tambahkan air.

Hari yg sukar, ialah hari 1-4. Kdg2 hari 6-7 pun sukar juga. Pada waktu inilah, kita terbayang bermcm2 makanan.. cium bau jer pun dah rasa lapar.. tapi semua ni normal.. selepas hari ke 10, jangan pula terus makan.. pada hari ke 11 dan 12, minum fresh orang juice (FOJ).. pada hari ke 13, pagi minum FOJ, tengahari ambil sup sayur2, dan malam blh makan apa saja makanan yg berasaskan sayur-sayuran, atau buah-buahan SAHAJA... no bread, milk, coffee, meat atau sebagainya..

Pada hari ke 14, anda bolehlah pegi timbang berat badan, dan anda PASTI akan terkejut! Lebih gemuk seseorang tu, lebih banyak berat akan turun.. ada seorang yg buat MC ni, turun 80 pounds! Klu berat anda mcm saya, baru 132 pounds, mungkin anda cuma akan turun 10 atau 11 pound selepas 10 hari buat MC, tapi yg banyak hilang, ialah INCHES!

Anda dah boleh pakai jeans yg tak ketat! Baju pun dah longgar! Perut pun semakin slim! Kawan2 akan tegur, 'eh, apasal awak dah kurus??'

Jangan tak tau, BEYONCE pun buat MC tau!