kLik-kLik

Semasa 2 Minggu Induction: 1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya. 2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal... 8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Followers

Showing posts with label contest PD50H. Show all posts
Showing posts with label contest PD50H. Show all posts

Monday, June 20, 2011

berat ku dipagi ini for PD50H (1st week)

salam....hope di pg isnin yg cerah ni,
sumenye dalam keadaan ceria2





ni berat utk hari ni.....


alhamdulillah...senanye ari jumaat tu berat sy dalam 78.7kg....
tp ni ternaek sket..adei laaa...
asal weekend jek msti mkn byk...
hurrrmmm.....


ari ni plak,demam...
so pg tdi just breakfast air susu kambing....
hope demam ni cepat2 sembuh...aminnn

Wednesday, June 15, 2011

senaman malas!!!! meh kte buat =D


Assalammualikum,
Post hari ini adalah animasi yang menunjukkan senaman yang boleh di lakukan untuk menguruskan badan. Nampak macam senang je kartun tu buat kan? Cubalah
Photobucket
Untuk perut
Photobucket
untuk pinggang
Photobucket
untuk perut
Photobucket
untuk perut
Photobucket
untuk peha
Photobucket
untuk peha
Photobucket
untuk peha
Photobucket
Selamat mencuba!!

Tuesday, June 14, 2011

keliru!!!!!! ppppppllliiiizzzzz help me plizzz

salam....
selamat pg...
salam 1 malaysia


now da ari ke-2 utk PD50H
ak still keliru utk berdiet jenis ape....
atkins?
atau
diet kira kalori?

klo diet atkins,ak just mkn lauk2....ikan,ayam,sayur
and carb msti la x lebih 20g sehari mse induction



tp klo diet kira kalori,

ak kene mkn ikot yg kat atas ni



cne ni??cne ni???pliz help me plizzz.....what can i do???hurmmm

Thursday, June 9, 2011

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih




1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk


1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin


1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera


1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan


1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

*contest picture!!=sy berbaju hijau=






sy dikiri

sy didepan


sy dikanan....p/s=cntikkan org sbelah sy tuh...bley wat admire la....huhu3



bhagian belakang...erkkkk





PROGRAM DIET




SYARAT-SYARAT PROGRAM

1- Program akan bermula pada 13/6/2011 dan tamat pada 1/8/2011. Lebih kurang 50 hari. (ill try my besr....hope masih mampu..hikhikhik)

2- Yuran penyertaan = RM20.00 seorang. Duit yuran ini akan diberi kepada pemenang utama iaitu seorang pemenang sahaja. Perlu bayar sebelum 10/6/2011 untuk mengesahkan tempat. Tiada pengembalian atas apa sebab sekalipun.(alamak,blom bayar lg...nnt eh...hehehehe)

3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi 50kg.(sure!!!)

4- Kemenangan berdasarkan LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi.

5- Wajib ada BLOG. Perlu update makanan yang dimakan. Menu-menu yang best untuk dikongsi, gambar timbangan berat mingguan. At least seminggu 2-3 kali pun cukup. (sudah ade!!!)

6- Perlu hantar gambar (full) + gambar timbangan kepada penganjur mulai 2/6/11 hingga 11/6/11 (xde timbang @ xde camera = sila jangan masuk)   (blom wat lg...sat lg la!!huhu3)

7- Timbangan mingguan adalah pada pagi Isnin dan perlu diberitahu kepada penganjur sebelum 5.00 petang. 3 kali gagal update = anda tersingkir.

8- Boleh makan produk diet lain. 

9- Hari AHAD = free day. Boleh pi makan kenduri, boleh minum air sirap, boleh pepah tulang ayam KFC. Tapi AWAS!! Isnin adalah hari timbang. Bayangkan susah payah diet 6 hari dan dimusnahkan hanya dalam 1 hari :)

10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cthnya kalau production susu ibu saya menurun dengan teruknya, maka saya akan tarik diri kerana anak saya lebih penting dari segala-galanya :)



ANDA AKAN TERSINGKIR JIKA

1- Berat naik 3 kali
2- Tidak update berat sebanyak 3 kali
3- Anda mengandung @ sakit parah
4- Anda tak snap gambar & tak update lansung blog tentang program ini.
5- Anda buat liposuction



DIET PLANNING

1- Sila kira kalori makanan anda. Jangan melebihi 1200 cal sehari 
(rujuk di http://www.myfitnesspal.com)
cth - 
sarapan = cornflakes 1 cup + susu low fat = 250cal
lunch = nasi + ikan goreng + sawi rebus = 360cal
snack = karipap 2 ketul = 260cal
dinner = sup sayur + 2 potong tembikai = 240cal
TOTAL = 1110 cal

2- Nasi hanya boleh diambil 1 kali sahaja 1 hari = 1 cawan (200cal)

3- Kurangkan minyak, garam, gula, msg. Kalau masak sendiri kat rumah, sila tinggalkan bahan-bahan tersebut. 

4- Minum air masak 2 liter 1 hari 

5- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Sikit je diet planning kali ni..
Ni kira pandai-pandai sndr la bab-bab lain..
Boleh google.. surf apa yang patut..
Kita sumer bukannya baru pun dlm arena diet-diet ni..
Sumer dah kira otai..


TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT

Hadiah = Belum pasti bape RM.. tgk pada bilangan peserta.

ANDA BERMINAT?!!!

Sila emel penganjur di diet_lwc@yahoo.com (done!!)

Masukkan butiran-butiran berikut

1- Nama Penuh
2- Umur
3- No. telefon
4- Berat sekarang
5- Berat idaman

Nanti emel anda akan dibalas dengan no. account :))

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN = 10 JUN 2011