kLik-kLik

Semasa 2 Minggu Induction: 1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya. 2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal... 8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Followers

Friday, June 10, 2011

shOpPinG aTkIns~~

Sekiranya anda beli bahan mentah untuk dimasak di Giant / Carrefour / Tesco...
Start dengan:

Bahagian Daging:1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.

2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, so tu okay, yang Ramli daging ada 3-4 gram. Jenama lain...chek dulu jumlah carb perserving

2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.

3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.

2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.

2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin:1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.

2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.

2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan, so elakkan.

3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.

2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.

3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.

4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.

5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.

6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni, tak kira Maggi or apa2 sebangsa dengannya.




1 comment:

  1. KALO KITE MKN IKAN GORENG AYAM YG BERGORENG...BOLEY KURUS KER???HUHUH..PENING LA PKIR BENDE NI....KALO TGOK BAHAGIAN YG KIRA KALORI TU...AYAM IKAN BERGORENG DKT 220KALORI...ADOISSSSS....

    ReplyDelete